Tuesday 31 December 2013

SELAMAT TINGGAL 2013... SELAMAT DATANG 2014

Assalamualaikum

Pelbagai peristiwa suka duka telah kita lalui sepanjang 2013. Serba sedikit ia telah meninggalkan kenangan, suka duka, pahit maung, masam manis kehidupan.

Kepada anak-anak yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing, tahniah diucapkan. Usaha perlu diteruskan agar menjadi lebih cemerlang di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Kepada yang telah melangsungkan perkahwinan - Kak Ngah Hazirah dan pasangan Hazmi, semoga terus bahagia dan mendapat rahmatNya. Tahniah juga kepada Kak Yong Haziqah yang akan melangsungkan pernikahan pada 17 januari 2014 akan datang. Tahniah juga kepada Misi To Be - Kak Shahidah, belajar lebih rajin supaya berjaya cemerlang. Kak Long Siti, selamat jadi cikgu. Walau pun cikgu tadika, tugas dan tanggung jawab tetap sama - memikul amanah Allah.

Mak Long nak pencen dah mulai 2 Januari 2014. Selama 33 tahun 6 bulan (mulai 2 Jun 1980) menjadi guru. Alhamdulillah. Semoga segala tanggung jawab yang diamanahkan telah dapat dilaksanakan dan diberkati Allah.

Kepada semua ahli pewaris, semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat.
Jangan berhenti belajar. Tuntutlah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ilmu akhirat adalah bekalan kita untuk alam yang kekal abadi, maka mesti dilebihkan. Umpama pengembara - bekalan yang diperlukan untuk perjalanan yang sangat panjang mestilah lebih. Kalau tidak alamat tersiksalah kita kebuluran.

Al-Fatihah buat arwah insan2 yang kita kasihi...
Ayah, Mak, Atuk, Wo, Pak Ngah dan lain-lain yang telah semakin jauh meninggalkan kita.
Mati itu pasti ... Hanya Allah yang maha mengetahui bila pula giliran kita.

Sematkan azam tahun 1435H - 2014M :
SOLAT WAJIB JANGAN TINGGAL
BELAJAR BUAT SOLAT SUNAT
BELAJAR BERPUASA SUNAT
DIDIK HATI SUPAYA IKHLAS DALAM APA JUGA YANG DILAKUKAN
KURANGKAN GOSIP/MENGUMPAT - Ganti dengan Zikir

Pewaris Boleh! InsyaaAllah
Salam Sayang 
Mak Long (31 Disember 2013)

No comments:

Post a Comment