RESEPI

KEK COKLAT LEMBAB
(Kredit to Azie Iwan)

Bahan:

*Semua bahan ini dipanaskan di atas api perlahan hingga larut/sebati
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn minyak sayuran
1 cwn susu cair / sejat
1/2 cwn susu pekat manis

3 bj telur 'B', dipukul lembut

*Semua bahan ini diayak
1 1/4 cwn tepung
1 sdt baking soda
1 sdt baking powder
1 sdk garam


Cara:
1. Campurkan adunan serbuk koko bersama telur. Kacau sebati.
2. Masukkan 1/3 bhgn campuran tepung, kaub balik hingga rata. Ulang hingga habis dan adunan sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kukus selama 35-40 minit / hingga masak. Pastikan wap air tidak menitik atas kek. Bila kek masak buka penutup kukus dan biarkan selama 3-5 minit supaya wap atas permukaan kek kering
4. Curahkan ganache ke atas kek apabila kek telah sejuk.


GANACHE:
250 ml whipping cream
250 g dark chocolate
2 sdm butter

*Layari http://www.veenaartofcakes.com/chocolate-ganache/ utk melihat kaedahnya

CHOCOLATE GLAZE
200 ml whipping cream
100 ml corn syrup
100 g butter (potong kiub2 kecil)
200 g dark chocolate

Panaskan whipping cream hingga buih2 kecil kelihatan di tepi periuk.

Curahkan ke dalam berisi bekas coklat & corn syrup. Biarkan sebentar
Panaskan campuran itu dengan kaedah double boiler. 
Bila semua coklat telah mencair masukkan kiub butter satu persatu dan pastikan ia larut sepenuhnya.





KEK RED VELVET 

Bahan:

1 cwn buttermilk (1 cwn susu sejat + 1 sdb cuka, biarkan 10 minit)
1 cwn minyak sayuran
1 cwn gula castor
2 bj telur 'B'
3 sdm esen warna merah
1 sdt esen vanilla
1 sdk coffee emulco / serbuk nescafe dilarutkan dlm 1/2 cwn air panas

*Semua bahan ini diayak
2 cwn tepung
2 sdb serbuk koko
1 sdk baking soda
1 sdk baking powder1 sdk garam

Cara:
1. Preheat oven 170 C. Glaze loyang pembakar 9" dan alas dgn baking paper.
1. Pukul gula bersama minyak sayuran hingga larut.
2. Masukkan telur sebiji2. Pukul terus hingga sebati.
3. Masukkan buttermilk, esen vanilla & esen warna merah. Putar lagi.
4. Masukan tepung sedikit2 (dlm 3 bahagian). Putar perlahan hingga sebati
5. Masukkan coffee emulco / serbuk nescafe yang dilarutkan dlm 1/2 cwn air panas tadi. Putar sehingga adunan sebati.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 40-45 minit / hingga masak.


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan:
250 g cream cheese (suhu bilik)
125 g unsalted butter (potong kiub)
3/4 cwn gula icing

1. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan  butter, putar lagi.
2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus putar hingga sebati dan nmpk licin.

CREAM CHEESE FROSTING UNTUK CHEESE MELELEH

Bahan:
250 g cream cheese (suhu bilik)
1/2 cwn whipping cream (Jenama Golden Rich sbb dah sedia manis)
2 sdb susu pekat manis.
Parutan cheese secukupnya.

1. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan  whipping cream, putar lagi.
2. Masukkan susu pekat manis & tepung jagung. Putar hingga sebati dan licin
3. Sapu atas dan keliling kek. Taburkan parutan cheese.

* Cream Cheese ini agak cair berbanding cream cheese frosting.

Dengan cream cheese frosting

Dengan cream cheese leleh

RV Cup Cake dengan cream cheese frosting, fondant & sugar paste flower


PUMPKIN CHEESE CAKE
(Kredit to Chef dean BSP Sentral)

Bahan:

Untuk base:
100 g butter
110 g biskut marie (dihancurkan)

Untuk kek
350 g white choclate
200 ml whipping cream (guna jenama Anchor sbb ia tawar)
500 g cream cheese
4 biji telur "A"
200 g puree labu (rebus labu dan lenyek)

Cara:
1. Cairkan butter atas api perlahan. Curahkan atas biskut yang telah dihancurkan.
2. Rata dan tekan campuran biskut ini pada dasar loyang pembakar '8"-9", yang boleh ditanggalkan. Simpan dalam peti ais (bhgn freezer pun boleh) supaya ia keras
3. Preheat oven suhu 170C, 10 minit.
4. Panaskan whipping cream hingga berbuih di bhgn tepi periuk. Curahkan ke dalam bekas mengandungi white choklat yang telah dicincang. Biarkan sebentar.
5. Panaskan campuran itu dengan kaedah double boiler hingga semua coklat larut. Ketepikan.
6. Dalam mangkuk pengisar, putar cream cheese hingga lembut. (jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk supaya adunan sekata)
7. Masukkan telur sebiji2 dan terus putar hingga sebati. Boleh tambah 1 sdt esen vanilla jika suka.
8. Masukkan adunan white choclate tadi dan juga puree labu. Putar hingga adunan sebati. 
9. Curahkan adunan atas base biskut dalam loyang pembakar tadi. Tutup permukaat atas loyang dengan aluminium foil. Bakar guna kaedah 'bain marie', suhu 170C selama 45-50 minit / hingga masak (bila sentuh permukaan kek dah tak melekat pada jari)

* Selepas kek betul2 sejuk baru tanggalkan bekas loyang.
Sapu permukaan kek dengan filling pie lemon/strawberry/blueberry



* Jika tak ada loyang yang boleh ditanggalkan dasarnya. Kita boleh alas loyang pembakar dengan aluminium foil yang di tinggikan hingga keluar drpd tepi loyang. Jadi mudah untuk mengeluarkan kek sebab cheese cake tidak boleh ditelangkupkan.

* Untuk melicinkan tepi kek. Kita panaskan spatula/pisau (atas api / air panas kemudian lap kering) dan lepa tepi kek menggunakan spatula atau pisau itu.


KEK LAPIS CHEESE (CHEESEKUT)

Bahan A:
2 bungkus biskut marie
250 ml susu segar / susu sejat (suam)

Bahan B:
500 g cream cheese
10 g susu segar
1/2 cwn gula castor

Cara:
1. Pukul sebati cream cheese dan gula castor hingga sebati
2. Masukkan susu segar sedikit2 sambil terus pukul hingga kembang.
3. Celupkan biskut ke dalam susu suam. Susun dalam bekas yg telah siap dialas plastik / kertas kek
4. Sapu / paipkan adunan cream cheese atas lapisan biskut.
5. Ulang langkah 3-4 hingga bhn habis. Lapisan paling atas ialah cream cheese
6. Blend lebihan biskut dan ayakkan atas permukaan kek tadi.
7. Simpan dalam p.sejuk sekurang2nya 6 jam sebelum boleh dipotong.


PAVLOVA
(Kredit to Chef Kamarul)

Bahan (utk base):
4 bj putih telur gred A
1 cwn gula castor
2 sdm tepung jagung - diayak
1 sdt cuka mkn
1 sdt esen oren

Bahan (utk topping)
1 cwn whipping cream (m.long cdgkan non dairy spt Golden Rich)- putar hingga soft peak
Buah2an segar - strawberry, kiwi, anggur, blueberry

Kaedah:
1. Preheat oven suhu 150C, 10 minit
2. Putar putih telur sampai berbuih.
3. Masukkan gula dan putar terus hingga "soft peak".
4. Masukkan tepung jagung. Putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan pula esen oren dan cuka. Putar hingga sebati
6. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Masukkan adunan  ke dalam 'piping bag' (plastik makanan biasa pun boleh), gunting hujungnya. 'Pipe'kan adunan atas dulang pembakar.
7. Bakar selama 1 jam 20 min. Selepas 1/2 jam turunkan suhu kpd 130C. Biarkan dlm oven selama 20 minit sebelum diletakkan 'topping'
8. Tuangkan /'pipekan' topping atas pavlova yang telah sejuk. Hiaskan dengan hirisan buah2an segar




PECAL
(Kredit to Bbk Tuti)

Bahan utk kuah:
250 g kacang tanah - goreng dengan sedikit minyak hingga garing
1 ulas bawang putih - hiris
2 bj bawang merah - hiris
5 bj cili padi (nak lobeh podeh tambah ikut selero memasing) - potong2
sedikit belacan - bakar (m.long guna sambal belacan tradisi adabi. hihihi)
air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
2 helai daun cekur (kalau ada)

Kaedah:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga layu.
2. Sejukkan dulu sebelum dikisar (blend) bersama air asam jawa, belacan, daun cekur, garam dan gula.
3. Masukkan kacang tanah dan kisar lg hingga sebati.
4. Test rasa garam, gula dan asamnya.
5. Sedia untuk dimakan bersama sayuran (ikut suka) yang dah dicelur. Boleh gak jadikan kuah mee rojak. Ingat tak masa kecik2 arwah Wo Nyomah buat rojak mee untuk berbuka puasa. Sedapppp.


POPIA VIETNAM STYLE
(M.long dapat masa g kat Halong Bay Hanoi)

Bahan popia:
Kulit popia beras/popia biasa pun boleh (secukupnya)
Daun Salad secukupnya
1 bj timun
1 btg karot
3 bj telur - dadar tanpa bawang
Sosej / nugget tempura / udang buang kulit - celur (klu ada ayam goreng lebih semalam pun boleh guna - disiat2)

Kaedah:
1. Hiris semua bahan. Susun dalam pinggan besar / bekas
2. Basahkan sekeping kulit popia dengan air hingga lembap/lembut.
3. Susun sayuran yg dihiris atas kulit popia tadi. (jadikan mcm letak inti). Gulung kulit popia tu mcm gulung kuih ketayap.
4. Nak makan celupkan ke dalam kuahnya dan terus gigit je. Jadi setiap orang yang nak makannya kena ada mangguk/piring kecik untuk letak kuah.

Bahan untuk kuahnya:
1 bj bawang putih - cincang halus
1 bj cili merah - cincang halus
1 bj lemon - perah jusnya
Kicap ikan secukupnya
gula & garam secukup rasa

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati. Sedia untuk di makan. (sangat mudah)




APAM BALIK
(kredit to CikYa)

Bahan:
(di kisar hingga sebati dalam blender saja)
200 g tepung gandum
25 g tepung jagung
1 bj telur
2 sdm susu pekat manis
3 sdm gula pasir
2 sdm magerin
310 ml air
1 sdk baking powder
1 sdk baking soda

Bahan: (Utk tabur atas kuih)
Kacang tanah - goreng tanpa minya dan ditumbuk
Jagung dalam tin
Gula pasir


PUTERI AYU
(Kredit to Cek Mah)

Bahan:
6 bj telur gred "A"
1 cwn gula pasir
1 3/4 cen tepung gandum
1 sdm ovellate
1 cwn santan
Pewarna hijau secukupnya

Bahan: utk base
Kelapa parut
Tepung jagung
Garam
- digaul sebati.

Kaedah:
1. Putar telur dan gula 'high speed' (10) selama 10 minit
2. Masukkan ovellate, santan dan pewarna hijau. Putar lagi hingga sebati dgn high speed
3. Masukkan tepung sedikit2 dan putar pada kelajuan rendah (2) hingga sebati.
4. Sapu minyak pada acuan. Masukkan bahan base kira2 1/4 bhgn acuan. Curahkan adunan kuih di atasnya.
5. Kukus kira2 3-5 minit / hingga masak.



KEK MINYAK 
Resepi Oleh : Kemma81
Rujukan : 
My Resepi 

5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang 
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya

(Kredit: Azlita Masam Manis)



VICTORIA SANDWICH CAKE 
(Kredit: Azlita Masam Manis)

Bahan Kek

220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam (tak letak pun sebab buttercup dah masin)

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm butter tanpa garam 
2 sudu besar golden syrup (boleh ganti ngan madu)
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur


Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras 

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh :  Rima

1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon paste


Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag.






OREO SLICE CAKE
(Kredit to Azlita Masam Manis)

Untuk resepi slice kek ni kita perlukan 2 keping kek span coklat
Untu resepi kek span coklat anda boleh rujuk di SINI
Dalam resepi tu menggunakan loyang 8 inc bulat. Untuk membuat slice kek ini anda tukar loyang bulat kepada 4 segi bersaiz 10 inc.
Bila kek dah masak anda potong kek kepada 2 kepingan dan ketepikan.

KRIM COKLAT

3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan. 



VANILLA SLICE CAKE
(Kredit to Azlita Masam Manis)

Untuk menyediakan kek slice, kita perlukan 2 keping kek span vanilla. Untuk mendapatkan resepi kek span vanilla anda boleh dapatkan resepi di SINI. Apa yang perlu anda ambil perhatian ialah, resepi kek span vanilla ini anda perlu bakar dalam loyang 10 inc 4 segi. Kalau anda ikut pada resepi kek span yg ita kongsikan tu ia menggunakan loyang 8 inc. Kek akan jadi tinggi. Untuk kek slice anda tidak perlukan kek yang tinggi, kerana itu ita cadangkan guna resepi yang sama cuma loyang tu tukar pada loyang 10 inc.
Selepas kek di bakar anda potong kepada 2 kepingan dan ketepikan.

CARAMEL
113 gm butter tanpa garam

120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

*Caramel ni, kita akan gunakan untuk mencampurkan dalam krim dan untuk topping kek. 
* adunan ini dapat banyak, anda boleh buat 1/2 daripada adunan sahaja



KRIM VANILLA
3 biji kuning telur

100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan  caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim 

Ok, semua bahan dah pun siap sekarang kita mulakan proses untuk melapis.

Ambil sekeping kek, letakkan atas lapik kek
Letakkan 1/2 dari pada krim vanilla dan ratakan
Masukkan lebihan caramel dalam piping bag dan paipkan atas krim vanilla secara melingkar.
Kemudian letakkan selapis lagi kek
Masukkan lebihan krim vanilla dalam piping bag dan paipkan secara garisan atas kek
Kemudian paipkan juga caramel secara garisan atau mengikut kreativiti anda
Simpan dalam peti ais hingga krim mengeras




Kek Pelangi Rehan
(Kredit to balqis-resepiku.blogspot)

Bahan-bahan : 

1 ½ cawan mentega
1 ½ cawan gula halus
8 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya : 

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla.
Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa sendiri.
Sapukan permukaan loyang dengan mentega terlebih dahulu.

Bakar hingga masak.


RESEPI BUTTERCREAM ( hanya untuk melepa kek sahaja)
Kredit to Azlita Masam Manis

120 gm butter
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanilla atau perasa yang tidak berwarna

Masukkan kesemuanya dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semua sebati dan bergaul sempurna

400 gm shortening
600 gm creamwell

Campurkan shortening dan cream well dalam adunan butter tadi dan pukul speed sederhana sebentar sahaja. Jangan pukul lama-lama nanti krim lembik

* resepi ni dapat banyak untuk 2 atau 3 biji kek bergantung pada saiz kek. Kalau nak buat 1 kek aje boleh buat setengah daripada adunan
* resepi ini hanya untuk melempa kek , memnuat hiasan tepi kek seperti corak cengkerang, tali dan juga  untuk membuat tulisan di atas kek.
* resepi ini bukan untuk bunga



Buttercream (hanya hiasan atau bunga sahaja.)
Kredit to Azlita Masam Manis

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna



KARIPAP

(Kredit to Coretan Dari Dapur Noor Masri)
Bahan-bahan:
                                                                                                                                         
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air  sejuk dari petiais}  lebih kurang
2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:
1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata.
2. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
3. Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
4. Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Resepi Inti: Kari Ayam & Kentang
Bahan:                                                                                                                                                  
1 keping dada ayam dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 labu bawang besar Holland} dipotong dadu
5 biji ubi kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis 
1 tangkai daun kari

Cara membuat inti: 

1. Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut. 
2. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.
6. Kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.

7. Angkat dan sejukkan. 





PERIA GORENG RANGUP 
(Kredit to Coretan Dari Dapur Noor Masri)

Bahan-bahan:
1 biji peria besar bukan peria katak tau
tepung beras secukupnya
sikit garam
* perisa samada rempah kari @ serbuk lada hitam @ apa2 saja ikut citarasa masing2


Cara:
Sebelum potong, basuh dulu peria.
Kemudian hiris nipis2.
Letakkan dalam bekas besar, masukkan tepung beras, garam dan perisa kalau suka. Akak suka perisa original tak letak apa2 dan perisa lada hitam..nyummy.
Gaul campuran tepung beras tadi sehingga menyaluti peria tadi. JGN letak air @ telur.
Terus goreng dlm minyak yg banyak sehingga keperangan.
Angkat toskan.
Lebih enak makan panas2 samada dgn nasi atau makan begitu saja sbg makanan ringan.



PATEACHOUX (PUFF) – CREAM PUFF
(Kredit: Buku berjudul THE ESSENCE OF MODERN BREAD, CAKE & COOKIES
            Publisher & distributor – Trans Standard)

BAHAN:
1000 g susu segar                               500 g
420 g   unsalted butter                        210 g
10 g    garam                                          5 g
580 g   tepung kek                              290 g
18 bj   telur                                              9 bj

KAEDAH:
1.    Panaskan dgn api sederhana susu segar, gula dan garam.
2.    Tambahkan tepung kek, kecilkan api,  kacau cepat2 hingga kelihatan berkeping2.
3.    Laraskan api sederhana semula dan kacau hingga adunan menjadi batter. Padamkan api
4.    Curahkan batter ke dalam mixer. Pukul dgn kelajuan tinggi selam kira2 10 saat.
5.    Tambahkan telur sebiji2, biarkan batter menyerap kelembapan telur perlahan2.
6.    Selepas itu skop batter dgn spatula plastik
7.    Paipkan batter bentuk bulat 4.5cm. Celupkan jari ke dalam air dan tekankan perlahan permukaan puff.
8.    Sapukan kuning telur atas permukaan puff. Boleh tabur almond nibs yang telah dibakar. Akhir sekali taburkan sedikit gula icing.
9.    Bakar pada suhu 200C selama 25 min. Selepas 15 min pertama buka pintu oven sedikit supaya hasil lebih stabil

KRIM CUSTARD
BAHAN:
2 kg susu segar                                                               1 kg
200 g unsalted butter                                                  100 g
400 g gula kastor                                                        200 g
260 g tepung kek (+1/8 bhgn tepung jagung) 130 g
18 bj telur                                                                        9 bj
1 sdk Esen vanilla

KAEDAH:
1.    Didihkan susu segar dan buter dalam bekas.
2.    Dalam bekas lain, kacau gula dan tepung kek menggunakan ‘whisk’. Masukkan kuning telur dan kacau hingga menjadi batter
3.    Tambah adunan susu panas tadi perlahan2, sambil kacau dengan cepat hingga sebati.

4.    Panaskan adunana atas api perlahan hingga pekat. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum diisi dalam puff.


Kek Kukus Coklat Cheese
Bahan2:
BAHAN A :
1 cawan koko*
1 cawan gula halus*
1 cawan susu cair*
1 cawan minyak jagung (minyak masak leh gak)*
1/2 cawan susu pekat*
BAHAN B :
3 biji telur gred A
BAHAN C :
1 cawan tepung naik sendiri (blue key)

BAHAN UTK CHEESE :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
25 ml air biasa
25 gm tepung gandum
1 biji telur

Caranya:
1. Cara Menyediakan Kek Coklat :
2. Satukan bahan A dalam periuk dan panaskan atas api perlahan dan kacau supaya x bergentel sampai sebati.. ketepikan
3. Pukul bahan B sampai kembang n masukkan dlm bahan A dan pukul sebati kemudian masukkan bahan C dan kacau ngan whisk sampai sebati
4. Cara Menyediakan Cheese :
5. Pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang serta masukkan telur pukul lagi
6. Panaskan air kukusan dan kukus berselang seli mula2 coklat kukus sampai masak selama 20-25 minit kemudian masukkan cheese kukus selama 30 minit sampai masak dan akhir sekali masukkan coklat lalu kukus sampai masak selama 3o minit.



No comments:

Post a Comment