Saturday 16 May 2015

13 MEI 2015
KONVOKESYEN ANGAH AMI IZMIR

Alhamdulillah akhirnya.... Setelah bertahun lamanya berjaya jugak Angah menyelesaikan studinya dan menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains Kulinari. Tahniah angah. Sentiasa ingat betapa susahnya mencari ilmu. Terkejar-kejar setiap hujung minggu ke Shah Alam. Kemudian bergegas pulak balik ke rumah untuk bekerja. menjadi rutin selama 3 tahun. Hargai ilmu yang diperoleh. Selepas ini berusahalah dengan lebih keras demi masa depan. Semoga dimurahkan rezeki dan mampu menyumbang bakti demi agama, bangsa dan tanah air. Apa-apa pun SOLAT jangan tinggal.



      
BFF - ANGAH & HAFIZ


Tempat lain semua dah penuh. Tangga pun tanggalah...


Monday 12 January 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2015

Siapa masih ingat peristiwa hari pertama persekolahan masing2. Mak long mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1966. Tak ada siapa yang hantar. Pergi sendiri ikut Kak Nor anak arwah Tok Abu Wo Wok. Alahhh kakak sulung Busu Khalil. Masa tu pergi sekolah bukanlah satu perkara yang wajib ada mak ayah teman. Kami tahu bawak diri. Padahal bukan ada tadika ke apa. Tapi sifat berdikari tu menjadikan kami tak rasa apa2 walaupun tak dihantar oleh siapa2.

Duit belanja masa tu 20 sen je. Nasi lemak sepiring 10 sen, air 5 sen dan kuih 5 sen. Punyalah sedap nasik lemak dan air sirap masa tu Allah saja yang tahu. Berebut beli makanan kat kantin Cik Nah & Cik Aziz. Kadang2 tumpah habih kena baju.

Pergi sekolah jalan kaki. Rasa seronok sebab ramai kawan. Kalau hujan guna alas meja sebagai pelindung atau daun pisang kalau tak berapa lebat. Tetap basah gak. Pakai selipar. Kasut bungkus elok2 simpan dalam beg. Sampai sekolah baru pakai kasut sekolah. Tahun 1968 Mak Ngah pulak bersekolah. Pun sama jugak. Tak ada siapa yang hantar. Dia ikut Mak Long. Seterusnya diikuti oleh Mak Lang pada tahun 1970 dan Mak Teh 1971. Masa Mak Lang, Tok Te' yang hantar naik basikal pada hari pertama persekolahan. Masa Mak Teh pun sama. Tapi pada hari kedua persekolahan tahun 1971, kerajaan telah istiharkan darurat bencana sebab banjir. Jadi dapatlah sekolah cuti. Masa tu seronok dapat naik sampan Tok Te' masa nak seberang sawah ke jalan raya. Bila bersekolah semula semua kena jalan kaki. Walaupun zaman tu kes colek budak ni x pernah dengar tapi kami sentiasa dimomokkan dengan cerita 'keling penyabit'. Hehehe...

Masa Mak Tam, Mak Mok, Cik Ya dan Pak Bu mula bersekolah, Mak Long dah di sekolah menengah. Jadi x dapat nak ceritakan bagaimana hari pertama mereka ke sekolah. Tak sempat tenguk pun mereka pakai uniform sekolah pada hari tu sebab nak kena kejar bas Patt Hup kul 6.15 pg untuk ke sekolah Ghafar Baba di Masjid Tanah.

Tapi kenangan zaman sekolah adalah kenangan terindah. Jika ada sesiapa yang nak kongsi cerita hari pertama dia bersekolah, silakan. Kalau ada gambar lagi menarik.





Sunday 4 January 2015

27 DISEMBER 2014 (SABTU)  DAN 
28 DISEMBER 2014 (AHAD)

MAJLIS PERTUNANGAN ABANG ADI & ANGAH AMI

Majlis pertungangan angah Ami Izmir dengan Zuleyha bt Husin telah berlangsung di Kg Paya Rumput, Sg Udang, pada hari Sabtu 27 Disember 2014.

Pada hari berikutnya, 28 Disember 2014 telah berlangsung pula majlis pertunangan antara abang Adi Idham dengan Siti Aisyah bt Darussalam di Kg Sg Merab Luar, Bangi. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar, dengan sokongan semua saudara mara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Majlis pernikahan akan berlangsung pada tahun 2015. Telah dicadangkan akad nikah Abang Adi akan diadakan pada 29 Ogos 2015 dan angah Ami akan dijalankan pula pada 25 September 2015.
Majlis menyambut menantu akan berlangsung di Tmn Bkt Rambai pada 27 September 2015. InsyaaAllah.

Gambar-gambar di sekitar majlis yang telah berlangsung.

Nenek Nyalas, Mak Long & Zuleyha

Pak Bu & anak2 sedara, Abg Adi, Angah Ami & Ahmad Irfan

Kami 1

Mak long & Siti Aisyah

Kami 2

Kami 3





Thursday 4 December 2014



2 DISEMBER 2014
KONVOKESYEN KE 81 UiTM
Ahmad Irfan telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL sempena majlis tersebut. Tahniah...






Wednesday 29 January 2014

12 JAN 2014 - AHAD
SEKITAR MAJLIS KAK NGAH NUR HAZIRAH DAN HAZMI 
DI JASIN MELAKA 




                                    


Gelagat Muhd Sufi












LAGI GAMBAR2 SEKITAR MAJLIS KAK YONG 
DAN KAK NGAH













Sunday 26 January 2014

18 JANUARI 2014
SEJARAH TERCIPTA

Pada hari ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan dua orang anak saudara kami iaitu Kak Yong Nur Haziqah dan pasangan Mohd Taufik serta Kak Ngah Nur Hazirah dan pasangannya Hazmi.
Majlis diadakan di rumah Mak Ngah Arizan di Serdang Jaya.


SELAMAT PENGANTIN BARU.
SEMOGA TERUS BAHAGIA DAN DIRAHMATI ALLAH HINGGA KE AKHIR HAYAT.