Sunday 11 August 2013

AIDILFITRI 1434H / 2013

Salam Aidilfitri buat semua. Hari ni dah masuk hari ke 5 kita merayakannya. Setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah, kini kita kembali menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Cuma apa yang mak long harapkan, agar segala amalan baik kita disepanjang Ramadhan yang lalu kita teruskan. Berusahalah untuk menjadi umat Rasulullah s.a.w dan hamba Allah yang terbaik.

Jaga lidah ketika berkata-kata, terutama apabila ia menyentuh hal orang lain. Mak long ingin mengingatkan diri mak long sendiri dan yang lain-lain supaya sentiasa berhati-hati. Apabila kita menceritakan kisah orang, jika ia benar kita telah mengumpatnya - berdosa. Jika ia salah kita telah memfitnahnya - juga berdosa.

Berhati-hati dalam menjaga tingkah laku dan tutur kata. Bercakap yang elok-elok. Jangan semberono. Kena cerdik memilih laras bahasa ketika berbicara. Dengan siapa kita berkata. Kalau bercakap dengan yang lebih tua, laras bahasanya tak sama dengan cara kita bercakap dengan kawan-kawan. Janganlah nanti keturunan kita dikatakan kurang ajar. Jadi berfikir dulu sebelum membuka mulut untuk berkata-kata.

Selamat hari Raya Aidilfitri - maaf zahir batin drp mak long sekeluarga.




p/s: Sila update gambar raya masing-masing ye. Buat kenangan kita semua.

No comments:

Post a Comment