Friday 28 June 2013

SEDIKIT ILMU UNTUK DI KONGSI...

Assalamualaikum semua. Tqvm Kak Yong Haziqah sebab telah merobah wajah blog keluarga kita ni. Simple but very nice. Kepada sesiapa yang nak update post atau page family masing-masing, sila dapatkan user name dan password daripada Mak Long atau Kak Yong Haziqah. Maklumat terkini amat penting untuk pengetahuan ahli keluarga kita. Mak Teh Ana, bila nak upload gambar graduation. Kami semua nak tenguk. Bagi anak-anak semangat sikit. Bila otai jadi graduan... anak-anak tak tergugat ke?
Tolong uar-uarkan kepada ahli keluarga Hashim n Kamariah supaya selalu menjenguk blog kita ni.

Okeylah, bersama ini Mak Long selitkan sedikit bahan yang boleh dijadikan renungan bersama.


JAGA-JAGA NIAT!

“Orang yang akan diadili paling awal ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanva.
Allah bertanya:’Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'
‘Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid'
‘Kamu tipu! Kamu berperang supaya kamu dipanggil wira. Dan gelaran itu telah diberikan.’
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudiannya, seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran.
Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
‘Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'
'Aku belajar ilmu dan mengajarkannva serta membaca al-Quran kerana-Mu.'
'Kamu tipu! Kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca al-Quran supaya digelar qari. Dan gelaran itu telah diberikan.'
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilempar- kan ke dalam neraka.

Kemudiannya, seseorang yang Allah berikan kemewahan. Allah memperlihatkan kurniaan yang
pernah diberikan kepadanya.
'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat ini?'
'Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang Engkau sukai melainkan aku sedekahkan harta
pada semua jalan tersebut'
'Kamu tipu! Kamu melakukannya supaya di- panggil dermawan. Dan gelaran itu telah diberikan.'
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilempar- kan ke dalam neraka.” (Hadis Qudsi - Riwayat Muslim)
Petikan daripada Majalah Solusi Isu 57

Setelah membaca dan memahaminya, mari kita bersama-sama membetulkan niat masing-masing dalam apa jua bidang atau perkara yang dilakukan. Mudah-mudahan kita dikasihaniNya dan terhindar daripada seksaan sedemikian. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment