Tuesday, 5 June 2012

JUN 2012

Assalamualaikum buat semua.
Lama sungguh tak menjenguk blog ni. Sibuk bebeno. Sibuk hal-hal dunia je gamaknye. Daripada hari raya 2011, baru hari ni terpanggil untuk menjenguk. Itu pun pasal Ahmad Ammar hantar sms, menanya tentang blog salasilah keluarga. Nak buat folio PSK ye Mar? Maaflah sebab Mak Long lambat balas. Lupa alamatnya. Kena ngadap komputer dulu. Pastu try n error baru dapat.

Pada kesempatan ini, Mak Long nak ucapkan tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dalam peperiksaan masing-masing pada 2011. Nur Haziyah (Dekyah) - STPM , Ahmad Abrar (Abai), Ahmad Syazwan (Bang Wan), Ainul Husna (Kak long Husna) - SPM, Ahmad Safwan (Dekwan),  Muhd Thaqif (Thaqif) - PMR, Nur Aiman (Aiman), Nur Hakimah (Kiemah) dan Ahmad Ammar (Amar) - UPSR. Ingatlah, perjuangan menuntut ilmu tidak akan selesai sebab "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat".

Kepada bakal-bakal calon tahun ni, Ahmad Barr (Barr), Iffah Shahidah (Iffah) - SPM, Izza Nabilla (Abiya), Ahmad Danish (Alang) - PMR dan Ainul Balqish (Balkis) - UPSR... Jangan ngelat untuk belajar. Kejayaan pasti milik orang yang rajin.

OK berhenti kat sini dulu.
Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment