Thursday 1 September 2011

RAYA OH RAYA ... AIDILFITRI 1432H / 2011


Hari Raya Ke 5 (Sabtu - 3 September 2011)

Pak Bu sekeluarga datang beraya ke Tmn Bkt Rambai.




Hari Raya Ke 4 (Jumaat - 2 September)

Kak Lang sekeluarga beraya di rumah Kak Long. Hari ni sempat la masak spagetti bolognese. Ami yang masak bukan Kak Long ye.  Kalau ada yang teringin makan spagetti tu bagi tau awal-awal. insyaAllah tidak akan dihampakan. Kak lang jugak sempat kemaskini maklumat ahli keluarganya dalam blog ini. Harap yang lain pun dapat berbuat demikian.


Hari Raya Ke 3 (Khamis - 1 September 2011)


 
Beramai-ramai beraya ke rumah Kak Teh di Tehel. Makan nasi lauk ikan merah masak lemak cili padi dan petai. Fuuhhh...! Kak Mok dan Kak Tam terus balik Kluang. Kak Lang balik tidur di kampung.  (Kalau sesiapa ada gambar nak tambah, silakan...)

Hari Raya Ke 2 (Rabu - 31 Ogos)






 Iwan dan anak-anak, Aniq & Qaseh

Beraya di rumah Kak Long. Jamuannya ... Nasi lauk sambal sardin, pucuk ubi rebus cecah sambal tempoyak, ubi kentang masak bening dan kuih udang Alor Gajah. Itu aje yang sempat dibuat. Tak sempat berbelanja sebab Kak Long baru balik dari Nyalas. Iwan (anak sedara Bang Long), isteri dan anak-anak juga ada sama.

 AIDILFITRI 1432H  (Selasa - 30 Ogos 2011)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin daripada kami. Tahun ini keluarga Kak Long, Kak Mok dan Kak Cik sahaja yang menyambut raya di kampung. Bang Ngah, Kak Tam dan Kak Teh balik pada hari raya pertama. Kak Lang balik pada hari raya kedua. Pak bu ...?


baaa cak!!!. Ahmad Sufi yang comel

Berposing depan pintu rumah Wo

Ibu-ibu dan bapak-bapak

Macam chipmore. Sekejap ada sekejap tak da

Ala-ala Miss Beauty Pageant gitu... Nur Aiman dan Ainul Husna

Sah sah la kena pakai pendakap gigi anak-anak doktor gigi nih...

Sape lebih cute? Angah atau Cupi? ...

Pak Long dan Mak Long

Mak Long dan Wan Teh


Tetamu... Anak, cucu dan cucu menantu Mak Ngah Boyot

No comments:

Post a Comment